Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 4, 2013

Sitiawan Settlement Museum


Kunjungan ke Sitiawan Settlement Museum pastinya membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir dalam kawasan pedalaman atau kampung.

Rumah kayu dua tingkat yang dijadikan muzium ini dibina pada tahun 1935 dan merupakan muzium pertama dan satu-satunya muzium persendirian di Perak.

Ia menyimpan kira-kira 500 koleksi dokumen sejarah, rekod dan gambar-gambar lengkap tinggalan penganut Kristian yang berhijrah dari Foochow, China Selatan.

Artifak yang dipamerkan mengembalikan memori kebudayaan, seni, kebijaksanaan dan kepercayaan orang China dalam sulaman, cetakan dan kesusasteraan.

Pelbagai artifak yang menggamit kenangan antaranya radio lama, basikal tua, seterika dan alat muzik lama turut dipamerkan.

-Kosmo!

No comments: