Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 1, 2013

Muzium Siput

Mereka yang merencana percutian ke Teluk Batik, Perak, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Muzium Siput kerana ribuan koleksi haiwan cangkerang itu daripada pelbagai spesies utama dunia dipamerkan.

Keunikan dan kecantikan bentuk-bentuk siput eksotik yang terdapat dalam pelbagai warna menarik serta sukar ditemui di pesisiran pantai mampu membuatkan ramai orang berasa kagum.

Selain dipamerkan dalam rak-rak kaca bersama maklumat mengenai spesies siput tersebut, salah satu ruang pameran dibina menyerupai suasana dalam zon terumbu karang. Di situ, ratusan siput daripada pelbagai spesies ditempatkan.

Pencahayaan kuning dan dekorasi menarik dalam ruang pameran ini juga menyerlahkan warna-warna asli siput-siput berkenaan yang bersinar-sinar apabila disimbah cahaya.

-Kosmo!

No comments: