Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 22, 2013

Kanser serviks

Kanser serviks juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim.

Serviks ialah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.

Kanser serviks ialah sejenis penyakit yang melibatkan sel-sel di bahagian serviks membiak secara luar biasa.

Kanser pangkal rahim ialah penyakit yang boleh dicegah.

Kanser serviks mengambil masa yang lama iaitu antara 10 hingga 15 tahun.

Ia boleh terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
  • Peringkat awal
  • Peringkat lewat

Peringkat awal
  • Berlaku di sekitar serviks.

Peringkat lewat
  • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain seperti paru-paru melalui sistem aliran darah.

Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita daripada setiap 100,000 penduduk menghidap kanser serviks.

Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.

Serangan kanser biasanya berlaku dalam kalangan wanita yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

Sebelum sel kanser serviks dikesan, tisu-tisu serviks mula berubah di mana sel-sel luar biasa mula dikesan.

Sel-sel luar biasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear.

Ujian pengesahan:
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah kolposkopi.

Sekiranya keputusan menunjukkan terdapat serangan kanser, ujian berikut akan dijalankan:
  • Kiraan komponen darah
  • Ujian fungsi hati
  • Profil ginjal

Rawatan:
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian. Terdapat tiga jenis rawatan:
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Pencegahan:
  • Mencegah lebih baik daripada merawat.
  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap tiga tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear jika masih belum dilakukan lagi.

-Kosmo!, myservik.gov.my

No comments: