Tekanan darah rendah (hipotensi) merupakan keadaan tekanan darah yang lebih rendah daripada tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ badan tidak mendapat aliran darah yang cukup.
Penyakit ini kebiasaannya dikaitkan dengan golongan atlet dan pengamal diet.
Ia berlaku apabila tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60mmHg.
Antara tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, kulit berasa dingin dan pernafasan cepat serta pendek.
Hipotensi berlaku akibat pendarahan tidak terkawal, dehidrasi, masalah jantung dan keadaan otot yang lemah.
Cara mengatasi hipotensi ialah minum air dengan lebih banyak, bersenam dan ubah posisi badab secara perlahan.
-Kosmo!, eMedik
No comments:
Post a Comment