Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, January 8, 2013

Makanan kurang kalori

Kandungan kalori dalam makanan-makanan jenis rebus, kukus dan panggang sememangnya rendah memandangkan ia tidak menggunakan minyak.

Ketua Pakar Pemakanan, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Lim Ai Leng berkata, orang ramai digalakkan makan makanan yang dikukus, rebus dan panggang kerana ia baik untuk kesihatan.

Perkara itu turut disarankan kepada pesakit yang menghidap penyakit diabetes, obesiti, darah tinggi dan jantung.

"Malah, orang ramai juga turut disarankan mengamalkan cara kukus, panggang dan rebus dalam penyediaan pemakanan," katanya.

Begitupun, beliau tidak menggalakkan orang ramai mengambil makanan itu dalam jumlah yang banyak kerana ia akan memudaratkan kesihatan.

Selain corak pemakanan itu, beliau juga berharap orang ramai mengamalkan senaman berkala kerana ia bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan jantung, tetapi juga kesihatan umum lain.

-Kosmo!

No comments: