Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, January 7, 2013

Lima makanan tingkat sistem imun

Barangkali anda pernah mendengar bahawa jus oren dan sup ayam dapat membantu mengurangkan atau memerangi demam selsema, namun sebenarnya ia kurang membantu.

Lima makanan berikut boleh dimasukkan dalam senarai membeli-belah pada masa akan datang jika anda berasa gatal-gatal pada tekak.

1. Yogurt Kefir

Kebanyakan yogurt dan boleh dikatakan hampir kesemua kefir atau produk susu fermentasi mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik. Bakteria ini mengubah sistem imun di dalam saluran pencernaan bertindakbalas terhadap mikro organisma. Probiotik dapat membantu masalah cirit-birit dan masalah berkaitan usus. Menurut Mayo Clinic, probiotik juga mampu mengurangkan keterukan selsema dan demam selsema.


2. Teh hitam/teh hijau

Teh hijau dan teh hitam mengandungi polifenol iaitu sejenis anti oksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh. Kajian yang dilakukan Universiti Harvard mendapati mereka yang minum lima cawan teh hitam dapat menghindarkan daripada jangkitan seperti virus.


3. Bawang putih

Bawang putih selalunya digunakan di dapur untuk memasak, namun ia juga membantu mencegah penaykit. Ia mengandungi sebatian sulfur iaitu alisin yang bertindak sebagai agen antibakteria dan antivirus. Cara terbaik untuk mendapatkan manfaat daripada bawang putih ialah dengan mengambilnya secara mentah.


4. Oren/sayuran berubi

Labu, ubi keledek dan buah oren tinggi dengan kandungan beta karotena bagi menghasilkan vitamin A. Diet yang rendah beta karotena boleh melemahkan sistem imun, jadi pastikan anda mengambil sumber-sumber makanan tersebut bagi memastikan tubuh anda dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan.


5. Tiram

Hidupan laut ini merupakan sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain tiram, zink boleh didapati pada sumber makanan lain seperti daging lembu dan ayam.

-Kosmo!

No comments: