Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, January 17, 2013

Gula jejas jantung lelaki

Lelaki yang minum minuman bergula sebanyak 340 gram sehari berdepan dengan 20 peratus lebih tinggi risiko penyakit jantung berbanding mereka yang tidak berbuat demikian, jelas sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Circulation yang dikeluarkan American Heart Association.

Kajian itu memberi lebih banyak bukti bahawa minuman bergula menjejaskan kesihatan kardiovaskular.

"Ia memberi penjelasan yang kuat agar pengambilan minuman bergula dikurangkan dalam kalangan pesakit dan bagi masyarakat keseluruhannya," kata Frank B. Hu, doktor perubatan yang mengetuai kajian dan merupakan profesor nutrisi dan epidemiologi di Harvard, School of Public Health.

Dalam kumpulan 42,883 orang lelaki yang terlibat dalam Kajian Susulan Profesional Kesihatan, mereka didapati mengalami peningkatan risiko walaupun selepas mengawal faktor risiko lain termasuk merokok, ketiadaan aktiviti fizikal, pengambilan alkohol dan sejarah kesihatan keluarga.

Bagaimanapun, pengambilan minuman bergula yang rendah seperti dua kali seminggu atau dua kali sebulan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

-Kosmo!

No comments: