Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, January 18, 2013

Felda dan FGVH

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.

Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang juga Bapa Pembangunan merupakan pencetus dan penggerak idea mengenai penubuhan Felda.

Pada 1 Ogos 1956, D.E.M. Fiennes telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Felda dari 1956 hingga 1958.

Felda Lurah Bilut di Bentong, Pahang merupakan tanah rancangan terawal dibuka pada tahun 1956.

Menteri Sumber Asli, Bahaman Samsudin merupakan Menteri Felda yang pertama dari 1957 hingga 1959.

Felda mempunyai 11 wilayah dengan 317 tanah rancangan manakala jumlah peneroka seramai 112,635 orang.

Felda Global Vntures Holding (FGVH) merupakan salah satu syarikat perniagaan global Felda.

Ia ditubuhkan pada tahun 2009.

FGVH terlibat dengan kegiatan perniagaan minyak dan lemak, oleoldmia, logistik serta perkhidmatan.

FGVH beroperasi di 13 buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Timur Tengah dan memiliki lebih 80 syarikat yang aktif.

FGVH ditawarkan khusus untuk institusi bumiputera dan telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

-Kosmo!, Felda, Arkib Negara

No comments: