Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 2, 2012

Kebaikan coklat gelap

Bagi mereka yang menghidap hipertensi, makan coklat gelap sahaja sudah mampu mengurangkan tekanan darah secara signifikan.

Penyelidik yang menulis dalam jurnal akses terbuka Perubatan BMC menggabungkan hasil 15 kajian berhubung kesan flavanol (sebatian dalam coklat) menyebabkan pengembangan salur darah ke atas tekanan darah.

Dr. Karin Ried yang bekerjasama dengan sebuah kumpulan penyelidik dari Universiti Adelaide, Australia memberitahu, flavanol telah meningkatkan pembentukan endotelium nitrik oksida yang menggalakkan vasodilasi (pengembangan diameter salur darah khususnya arteri) dan seterusnya boleh menurunkan tekanan darah.

Bagaimanapun keputusan tersebut bercanggah dengan kesan sebenar memakan coklat.

"Kami telah menemukan penggunaan yang ketara boleh mengurangkan tekanan darah walaupun pada kadar sederhana bagi orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tetapi, tidak bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang normal," kata Ried.

-Kosmo!

No comments: