Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 3, 2012

Epal dan pear hindari strok

Ya, sebiji buah epal atau pear mampu menghindari anda daripada diserang strok.

Demikian kesimpulan daripada kajian Belanda yang disiarkan dalam Stroke: Journal of the American Heart Association.

Penyelidik mendapati seseorang yang makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan daging putih boleh melindungi daripada strok.

Jika kajian-kajian sebelum ini mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran akan merendahkan risiko strok, penyelidik terkini menguji warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjauhkan strok.

Bahagian berwarna buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan kerana mengandungi fitokimia yang berfaedah seperti karatenoid dan flavonoid.

Buah-buahan dan sayur-sayuran diklasifikasikan kepada empat kumpulan warna iaitu hijau (sayuran berdaun, kubis dan salad), oren dan kuning (buah-buahan sitrus), merah dan ungu (sayuran dan buah-buahan) dan putih (55 peratus adalah epal dan pear).

Pengambilan 25 gram buah-buahan dalam kumpulan warna putih setiap hari mampu menurunkan risiko strok sebanyak sembilan peratus.

Epal dan pear tinggi kandungan serat dan flavanoid yang dipanggil kuersetin.

Makanan lain yang tergolong dalam buah-buahan putih ialah pisang, bunga kubis, chicory dan timun.

-Kosmo!

No comments: