Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 3, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah lahiran Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan kemudiannya disambung oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy yakni Raja yang sentiasa perlu mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Daripada sudut kuasa legislatif pula, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga komponen yang mewujudkan Parlimen (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong). Parlimen di Malaysia tidak lengkap tanpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai salah satu komponennya. Sebab itu baginda wajib menandatangani semua Rang Undang-Undang yang diluluskan kedua-dua dewan tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu dianggap sebagai mercu perlembagaan ketua negara yang paling tinggi lagi utama.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara (Paramount Ruler) merupakan mercu kedaulatan Malaysia. Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama dan kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Meskipun baginda adalah raja berketurunan Melayu yang beragama Islam tetapi daripada sudut kenegaraan baginda adalah raja bagi Malaysia dan rakyatnya.

Larasan yang paling mudah ialah Ratu (Queen) Elizabeth di United Kingdom yang melambangkan pihak diraja bagi semua rakyat Britain yang sebahagian besar kini mewakili pelbagai kaum dan etnik.

Cuma Ratu Elizabeth tidak digilirkan kedudukan dirajanya lantaran pemerintahan beraja secara Anglo-Saxon menjangkau 400 tahun lampau manakala diraja Scotland dan England bersatu pada tahun 1603.


SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama (3 Ogos 1957 - 1 April 1960)

Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-2 (4 April 1960 - 1 September 1960)

Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-3 (21 September 1960 - 20 September 1965)

Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-4 (21 September 1965 - 20 September 1970)

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21 Januari 1970 - 20 September 1975)

Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 (21 September 1975 - 29 Mac 1979)

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7 (26 April 1979 - 25 April 1984)

Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-8 (15 April 1984 - 25 April 1989)

Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9 (26 April 1989 - 25 April 1994)

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-10 (16 April 1994 - 25 April 1999)

Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001)

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12 (13 Disember 2001 - 13 Disember 2006)

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 (13 Disember 2006 - 12 Disember 2011)

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 (11 April 2012 - )



sumber: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Kosmo!

No comments: