Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 27, 2012

Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh atau Keroh. Ia adalah sebuah bandar dalam daerah Hulu Perak yang terletak di utara Perak dan bersempadanan antara negeri Kedah dan negara Thailand.

Bandar yang terdekat di Thailand adalah Betong dalam wilayah Yala. Terdapat dua mukim di Pengkalan Hulu iaitu Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang.

Bagi Mukim Pengkalan Hulu, terdapat enam buah kampung dengan keluasan 22,678.5 hektar manakala bagi Belukar Semang terdapat tiga buah kampung dengan keluasan 12,286.2 hektar dan menjadikan jumlah seluruh penduduk di Pengkalan Hulu adalah seramai 18,000 orang dengan peratusan 58% terdiri dari Melayu, 14% Cina, 9% dari golongan India dan 19% adalah dari masyarakat Siam dan Orang Asli.

sumber: www.pjk.com.my

No comments: