Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 24, 2012

Dunia kejururawatan

Menteri Kesihatan, datuk Seri Liow Tong Lai berkata, Malaysia mempunyai 109 buah universiti dan kolej yang menawarkan program latihan kejururawatan.

Program kejururawatan turut ditawarkan di 38 buah sekolah latihan kejururawatan di bawah kendalian Kementerian Kesihatan.

Terdapat 80,000 orang jururawat berdaftar di seluruh negara tetapi hanya kira-kira 80 peratus jawatan telah diisi. Seramai 1,100 jururawat Malaysia kini bertugas di luar negara.

Malaysia menghasilkan seramai 8,000 orang jururawat setiap tahun tetapi bilangan ini perlu ditambah sebanyak 30 peratus untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan negara.

Banyak pihak dalam industri penjagaan kesihatan menyifatkan kerjaya sebagai jururawat sebagai jenis kerjaya dengan bebanan tinggi dan mendatangkan stres.

Kekurangan jururawat juga menjadikan beban kerjaya itu semakin berat, seterusnya mengakibatkan stres dan masalah kesihatan. Ramai jururawat meninggalkan profesion ini lebih awal dari yang sepatutnya.

Terdapat keperluan ketara bagi pertambahan bilangan jururawat di semua hospital seluruh negara bagi mendapatkan nisbah yang agak sesuai untuk penjaga kesihatan dan pesakit pada masa akan datang.

Kemasukan jururawat pelatih di kolej-kolej latihan jururawat adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kejururawatan. Ramai yang memohon tidak berjaya kerana mereka dianggap mempunyai kelulusan akademik yang terlampau tinggi lantas dianggap tidak berapa sesuai untuk tugas seperti jururawat.

Daripada mereka yang mempunyai diploma kejururawatan, hanya peratusan kecil daripadanya yang melanjutkan kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi seperti kursus sarjana muda dan sarjana. Jadi, hanya segelintir yang mempunyai kelayakan akademik yang cukup bagi bidang pengajaran kejururawatan dalam akademik dan klinikal.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), nisbah yang dicadangkan bagi jururawat kepada penduduk sesebuah negara seperti Malaysia ialah 1:200.

Di Malaysia, nisbah itu adalah satu untuk 329 orang. Negara memerlukan 150,000 jururawat bagi memenuhi tuntutan penjagaan kesihatan masyarakat yang optimum.

-Kosmo!














No comments: