Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 10, 2012

Pandak Indut

Pandak Indut merupakan bapa mertua kepada Datuk Maharaja Lela.

Beliau adalah salah seorang pahlawan Melayu yang aktif menentang British.

Beliau menerima pedang daripada Datuk Maharaja Lela untuk membunuh Birch yang mengarahkan menampal surat pengumuman mengutip cukai di Pasir Salak.

Beliau adalah orang pertama mengoyakkan surat yang ditampal oleh Mat Arshad (jurubahasa J.W.W. Birch) dan menikam suruhan Inggeris itu dengan lembing.

Pandak Indut ditangkap di Kota Lama pada Julai 1876 atas tuduhan membunuh Birch.

Pandak Indut digantung sampai mati pada Januari 1877 di Matang, Perak.

Kubur Pandak Indut dibina semula di satu kawasan berhampiran Masjid Tengku Menteri, Matang, Perak.

sumber: Utusan Malaysia

No comments: