Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 23, 2012

Ekstradisi


Perkataan ekstradisi berasal daripada bahasa Latin ex tradere.

Ia bermaksud serah balik iaitu proses rasmi sesebuah negara meminta negara lain untuk menyerahkan penjenayah yang disyaki atau dihukum dari negerinya berdasarkan perjanjian tertentu.

Antara negara yang mempunyai perjanjian ektradisi dengan Malaysia ialah Arab Saudi, Brunei, Singapura, Thailand, India dan Indonesia.

KES-KES EKSTRADISI:

2 September 2008

Seorang ahli perniagaan warga Sri Lanka yang didakwa atas tiga pertuduhan menipu dibawa dari Australia melalui proses ekstradisi selepas gagal hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan kesnya sejak lima tahun lalu.

24 September 2010
Pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiyah Singapura, Mas Selamat Kastari yang ditangkap polis Malaysia awal Mei 2009 dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura.

sumber: Kosmo!

No comments: