Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 27, 2012

Tidur cukup elak diabetes

Remaja obes yang tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi mungkin berhadapan dengan gangguan rembesan insulin dan paras gula dalam darah (glukosa).

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik pediatrik itu menyarankan remaja terutama yang obes perlu mendapatkan tidur malam yang cukup untuk menghindarkan mereka daripada mendapat diabetes Jenis 2.

"Tiga daripada empat pelajar sekolah mengadu bahawa mereka tidak dapat tidur yang secukupnya," kata Pakar Pediatrik Endokrinologi di The Children's Hospital of Philadelphia, Dorit Koren.

Hasil kajian menunjukkan purata bagi menstabilkan paras glukosa dalam darah, purata waktu tidur yang diperlukan oleh remaja ialah 7.5 hingga 8.5 jam semalam.

sumber: Kosmo!

No comments: