Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 27, 2012

Asma kerana pekerjaan ibu


Ibu-ibu yang terdedah dengan agen-agen tertentu ketika hamil mungkin melahirkan anak yang berisiko menghidap asma. Kajian terbaharu itu dibentangkan baru-baru ini di Kongres Tahunan Persatuan Respiratori Eropah di Amsterdam.

Kajian itu dilakukan olah para saintis di Denmark melibatkan 42,696 kanak-kanak dari Danish National Birth Cohort dengan melihat perkaitan pekerjaan ibu dan penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Fokus utama kajian itu adalah untuk melihat kesan agen molekul rendah seperti bahan kimia sintetik dan bahan-bahan semula jadi termasuk bahan-bahan yang ditemui di bahagian-bahagian kenderaan, perabot, tapak kasut, cat, varnis, gam dan produk daripada kayu.

sumber: Kosmo!

No comments: