Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, December 11, 2011

Pendaratan Jepun di Tanah Melayu

Peta menunjukkan pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun telah melancarkan serangan-serangan amfibi di Pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu, Kelantan.

Sebaik saja tiba di kawasan berkenaan, tentera Jepun melancarkan pertempuran hebat ke atas tentera India British iaitu sejam sebelum tentera Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang berpengkalan di Pearl Harbor.

Dari situlah bermulanya titik tolak Perang Pasifik dan merupakan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu, kemudiannya berpecah kepada dua bahagian. Salah satu kumpulan bergerak ke Pantai Timur yang menuju ke Kuantan manakala sebuah kumpulan lagi menuju ke Sungai Perak, Perak.

Pada 11 Disember 1941, tentera Jepun mengebom Pulau Pinang. Kemudian, Jitra dan Alor Star, Kedah pula jatuh ke tangan Jepun pada 12 Disember 1941. Tentera British terpaksa berundur ke selatan.

Pada 16 Disember 1941, pihak British menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mula menguasai negeri itu.

Tentera Jepun datang ke Tanah Melayu menggunakan jalan dari Thailand.

Apabila Jepun datang ternyata British bukanlah suatu kuasa besar yang kebal. Orang Melayu melihat British gagal mempertahankan Tanah Melayu, apatah lagi melindungi orang Melayu daripada dijajah Jepun.

Pada zaman Jepun, buat julung-julung kali keseluruhan Tanah Melayu dijajah. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Siam, pentadbiran negeri-negeri lain digabungkan dengan Sumatera.

Walaupun tidak berkuasa, Jepun tetap membenarkan kedaulatan raja-raja Melayu tetapi rakyatnya, iaitu orang Melayu menjadi warga jajahan Jepun.

Namun pada Perang Dunia Kedua (tahun 1941 hingga 1945), komunis pernah bekerjasama dengan British untuk menghalau Jepun kelur dari Tanah Melayu.

Apatah lagi pada ketika itu komunis mendapat sokongan para penduduk apabila menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).

Di Tanah Melayu, Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945. Dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

sumber: Kosmo!

No comments: