Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, December 7, 2011

Abdul Rahman bin Auf, jutawan Muslim di zaman Rasulullah SAW


Abdul Rahman bin Auf atau nama sebenarnya Abu Amr ialah sahabat karib Nabi Muhammad SAW. Beliau menggunakan nama Abdul Rahman setelah memeluk agama Islam.

Abdul Rahman bin Auf memeluk Islam dua hari setelah Saidina Abu Bakar memeluk Islam.

Abdul Rahman bin Auf dilahirkan pada tahun 580 Masihi di Mekah, sepuluh tahun selepas Tahun Gajah. Beliau wafat pada tahun 654 Masihi ketika berusia 74 tahun.

Abdul Rahman terkenal sebagai sahabat Rasulullah yang sanggup mengorbankan harta dan nyawanya demi untuk menegakkan Islam. Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah.

Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan hasilnya kepada kaumnya, isteri-isteri Nabi dan fakir-fakir miskin.

Ketika Perang Tabuk, Abdul Rahman telah memberikan sumbangan sebanyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan. Beliau juga telah menyumbangkan sebanyak 400 dinar kepada setiap bekas tentera yang terlibat sewaktu Perang Badar.

Abdul Rahman merupakan tokoh perniagaan Muslim yang berjaya terutama apabila bidang ekonomi dan perniagaan dimonopoli oleh kaum Yahudi.

sumber: wikipedia

No comments: