Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, December 5, 2011

Megat Terawis


Megat Terawis ialah seorang pahlawan hebat berketurunan diraja dari Istana Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera.

Pengetahuan dan kebijaksanaan Penjurit Kepetangan (seni silat yang digunakan oleh Megat Terawis) bermula dalam era Raja Adityawarman pada abad ke-14, pemerintah Empayar Sriwijaya.

Empayar tersebut cukup besar untuk menandingi Empayar Majapahit di Pulau Jawa.

Semua waris dan keturunan Raja Adityawarman akan diajar cara pahlawan Penjurit Kepetangan dan pertarungan yang menjadi legenda adalah pertarungan bersama seorang pendekar bernama Gerhana Matahari, pahalawan Majapahit yang terkenal.

Kedatangan agama Islam telah melahirkan generasi baharu ahli seni mempertahankan diri dari golongan diraja dan bangsawan.

Pahlawan-pahlawan besar dari dinasti besar ini seperti Megat Alang Dilaut, Megat Panji Alam, Megat Kembar Ali, Raden Mahmud, Megat Seri Rama, Tun Hamzah, Tun Fatah dan lain-lain.

Dato' Paduka Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyung, Bendahara Perdana Menteri dalam Kesultanan Melayu Perak juga datangnya daripada keturunan ini.

Megat Terawis ialah pahlawan yang telah mengiringi Sultan Muzaffar Shah (I) menjadi Sultan Perak yang pertama selepas kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511.

Megat Terawis sendiri terlibat dengan pertarungan yang menjadi legenda bersama Tun Sab'an, seorang pembesar dari Hulu Perak yang bertanggungjawab menabalkan Raja Muzaffar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah (I). Raja Muzaffar Shah merupakan waris kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir.

Setelah mengalahkan Tun Sab'an, Megat Terawis telah dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah (I) menjadi Bendahara.

Sebagai Bendahara, Dato' Megat Terawis dipertanggungjawabkan untuk majlis-majlis rasmi dan adat istiadat. Segala ilmu pengetahuan dan kemahirannya diperturunkan kepada waris-warisnya sehinggalah kepada Megat Ainuddin bin Megat Mohd Nordin (Tuan Guru Utama Silat Penjuritan Kepetangan). Silat Penjuritan Kepetangan warisan Megat Terawis ini dijaga dan dipelihara dengan baik oleh Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu atau IPPM.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang silat Penjurit Kepetangan boleh klik di sini.

sumber: wikipedia, Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, salampenjuritan.blogspot.com

2 comments:

zaimzero said...

adakah megat terawis pernah bertarung dengan Hang tuah

Sangkasturi said...

menurut cerita keturunan Megat Terawis pernah berguru dengan Hang Tuah...