Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 15, 2011

Urusan Tandas


Daripada Anas bin Malik r.a., beliau mengkhabarkan: "Apabila Nabi Muhammad SAW hendak memasuki tandas, Baginda membaca: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada bahaya kotoran dan daripada segala macam yang membahayakan." - Hadis Riwayat Bukhari.

Dalam Hadis yang lain Baginda Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina." - (Riwayat Imam At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud Hadis:
  1. Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor.  Tabiat syaitan adalah menyukai tempat yang kotor seperti tandas.
  2. Sebagai Muslim, selain disuruh supaya membaca doa keluar dan doa masuk tandas, kita diwajibkan mementingkan aspek kebersihan.  Ia termasuk perkara asas seperti qadha' hajat (buang air kecil atau besar).
  3. Islam selaku agama yang sempurna menyediakan tatatertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.
  4. Berikut adalah beberapa adab masuk dan keluar tandas:
  • Mendahulukan kaki kiri.
  • Keluar dengan kaki kanan.
  • Membaca doa sebelum masuk seperti Hadis di atas.
  • Duduk hendaklah diberatkan pada sebelah kiri.
  • Tidak menghadap kiblat atau membelakangkannya (sekiranya membuang air di tanah lapang).
  • Tidak membuang air di air tenang, di atas batu, menentang angin, tempat orang ramai singgah berbual, tidak di tempat orang lalu lalang, tidak di bawah pokok yang berbuah dan sebagainya.
  • Tidak bercakap ketika membuang air.
  • Tidak beristinja' dengan air di tempat buang air.
  • Disunatkan beristibrak (bersuara sedikit seperti berdehem) bagi yang membuang air kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya.
  • Ketika keluar tandas disunatkan membaca maksudnya: "Mohon keampunan dari Engkau, segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku segala penyakit dan memberi aku kesihatan."
  • Bersuci.  Tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di Akhirat kelak.  Hal ini seperti disebutkan dalam Hadis Riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan: "Nabi berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau Mekah.  Lalu kedengaran oleh Baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya.  Maka bersabda Rasulullah: "Kedua-duanya diseksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."

Kesimpulannya, membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat terbuka seperti di tepi jalan tanpa bersuci dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan, selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

sumber: dicuplik dari e-mail.

No comments: