Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 16, 2011

Tahnik dan akikah


Tahnik merupakan upacara meletakkan manisan di lelangit bayi seperti madu, kurma atau air zamzam.

Upacara cukur jambul di negara Arab hanya melibatkan tahnik.

Hadis menuntut cukur kepala dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.

Akikah bukan sahaja dilakukan untuk bayi, tetapi juga boleh dibuat untuk orang dewasa.

Selain kambing, lembu, unta dan kibas juga boleh disembelih untuk akikah.

Akikah merupakan sunat muakad yang bertujuan mendapatkan keberkatan hidup daripada Allah juga sering kali dilakukan serentak bersama majlis cukur jambul.

Ia juga dituntut Nabi agar dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.

Daging akikah akan dinisbahkan seperti mas kahwin dan akan disedekahkan kepada fakir miskin.

Dua ekor kambing afdal bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan perlu disembelih mengikut hukum Islam bagi upacara akikah.

Bagaimanapun terdapat pendapat mengatakan bahawa daging akikah itu tidak boleh dimakan ahli keluarga bayi tersebut.

Sebenarnya ia tidak diharamkan bagi ahli keluarga untuk menjamah daging akikah sebaliknya adalah lebih wajar ia diagihkan kepada orang ramai.

sumber: Kosmo!

No comments: