Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, March 30, 2011

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran


Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) diberikan kepada mereka yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga lima yang diluluskan perbadanan itu di institusi latihan berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, seramai 236,454 peminjam berumur 15 hingga 25 tahun mengikuti latihan SKM sepenuh masa sudah menerima pinjaman bernilai RM674.1 juta.

Sebelum diperbadankan pada 2007, PTPK dikenali sebagai Tabung Pembangunan Kemahiran kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pinjaman disalurkan melalui institusi latihan kemahiran.

915 Penyedia Latihan Kemahiran berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

RM155.5 juta bayaran balik pinjaman yang berjaya dikutip PTPK dari 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2010.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ptpk.gov.my atau ptpkonline.blogspot.com

No comments: