Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 28, 2011

Klinik Berhenti Merokok


DEFINISI

Klinik berhenti merokok (KBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk membantu perokok berhenti merokok dengan teknik yang terbukti berkesan iaitu dengan cara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi gantian nikotina (NRT).


OBJEKTIF

Objektif Umum
  • Untuk memberi sokongan dan bantuan yang komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok dan mengubah tingkahlaku.
Objektif Khusus
  • Memberi kesedaran tentang bahaya merokok.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran berhenti merokok.
  • Menggalakkan dan memberi motivasi untuk menggunakan Klinik Berhenti Merokok.
  • Memberi rawatan dan pemulihan.
  • Mencegah 'relapse' dan mengekalkan status tidak merokok.

PROSES & AKTIVITI-AKTIVITI KLINIK
  • Pendaftaran
  • Ukuran tinggi dan berat badan (BMI)
  • Ujian fagestrom (ujian tahap ketagihan nikotin)
  • Ujian Karbon Monoksida/ujian paru-paru
  • Pemeriksaan gigi
  • Mengukur tekanan darah
  • Terapi modifikasi tingkahlaku dan Kaunseling Anti Merokok
  • Terapi Penggantian (Nicotne Replacement Therapy) - gum, Patch, Inhaler
  • Pengurusan berat badan melalui Kaunseling Pemakanan Sihat
  • Pengurusan Tekanan
  • Temujanji susulan - minggu pertama setiap minggu - minggu seterusnya dua minggu sekali untuk 8 sesi

KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK
  • Nafas kembali segar
  • Tubuh badan lebih sihat
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi keluarga tersayang dan orang di sekeliling
  • Stamina kembali normal
Menolak pemberian rokok tidak bererti kita menolak rezeki, kerana rokok mengakibatkan 160 penyakit yang MEMBUNUH.

Daftar diri anda di Klinik Berhenti Merokok yang berhampiran.  Untuk bantuan sila hubungi 03-88834400 (Tele-info Klinik Berhenti Merokok) atau klik sini untuk maklumat lanjut.

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: