Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 28, 2011

Harimau Belang (Malayan Tiger)


Harimau Belang atau Malayan Tiger merujuk kepada subspesies yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.

Panjang harimau belang dewasa boleh mencapai antara 1.5 dan 1.9 meter manakala beratnya antara 25 dan 160 kilogram.

Harimau belang boleh hidup melebihi 20 tahun.

Selain Taman Negara, Pahang ia paling kerap ditemui di Taman Royal Belum, Gerik, Perak.

Harimau belang selalu berkeliaran di kawasan yang tidak jauh dari punca air kerana sumber makanannya banyak tertumpu di kawasan tersebut seperti babi hutan, kijang, ayam hutan dan rusa.

Berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, harimau belang diklasifikasikan sebagai spesies yang dilindungi sepenuhnya.

Populasinya kian mengecil kerana kehilangan 95 peratus daripada habitatnya di Asia selain menjadi buruan kerana dianggap perosak, ancaman kepada manusia dan bernilai tinggi di pasaran gelap.

sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

No comments: