Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 16, 2011

Senarai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijrah

Penerima Perdana

Dr. Abdul Hayel Abdul Shukor
  • Bekas Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
  • Menghasilkan sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu, Tafsir Pedoman Muttaqin yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Penerima Anugerah Maulidur Rasul

1. Wee Soo Yen
  • Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan
  • Menjadi calon bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Arab pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

2. Datuk Dangiran Mustapha
  • Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
  • Perancang dan pelaksana program baru J-Qaf di peringkat rendah

3. Prof. Dr. Ismawi Zen
  • Profesor di Fakulti Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Dilantik sebagai ahli panel antarabangsa bagi kajian pembangunan Masjidil Haram, Mekah pada 2008

4. Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari
  • Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara
  • Mencipta alat injap gantian bagi pesakit jantung pada tahun 2009

5. Tan Sri Hasmah Abdullah
  • Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Melaksanakan sistem pengurusan percukaian yang cemerlang menerusi penggunaan teknologi komunikasi maklumat sistem e-Filing

6. Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
  • Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
  • Menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun


PULAU PINANG

Anugerah Khas Maulidur Rasul
  1. Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (Juara program Imam Muda)
  2. Dr. Zhari Ismail (Pakar farmasi Universiti Sains Malaysia)


SELANGOR
  1. Anugerah Umar Abdul Aziz - Tan Sri Hashim Meon (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri)
  2. Anugerah Khalid Al-Walid - Mohd. Nasir Abd. Ghani (Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh)
  3. Anugerah Imam Al-Ghazali - Dr. Musa Fathullah Harun (Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia)


PERAK
  1. Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Perak - Pasangan Ibrahim Mohd. Tahir dan Paridah Jaafar
  2. Anugerah Tokoh Pendakwah - Shah Kirit Kakulal Govindji (Ketua Pegawai Dakwah Yayasan Pertubuhan Informasi dan Perkhidmatan Islam)
  3. Anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat - Hamizah Mat Zaain (Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Islahiah, Taman Jati, Ipoh).
  4. Anugerah Pegawai Penguatkuasa Agama - Ishak Bakar (Pegawai Waran 1, Tentera Laut Diraja Malaysia)


PAHANG

Anugerah Tokoh Maulidur
  1. Lelaki - Ismail Mihad (Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad)
  2. Wanita - Datuk Shamsiah Husin (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang)


KEDAH
  1. Anugerah Tokoh Pendakwah - Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi (Dekan Fakulti Syariah Kolej Universiti Insaniah)
  2. Anugerah Tokoh Imam - Abdul Wahab Che Li (Imam Kariah Masjid Ulu Tawar, Baling)

Sumber: Kosmo!

No comments: