Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 18, 2011

Kerana gula, rakyat Malaysia tidak sihat


Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 jenis penyakit, diantaranya:

11.6 juta daripada 16 juta orang dewasa menghidap penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau kanser.

Malaysia mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan dan gemuk di Asia, melibatkan 54% penduduk dewasa.

Malaysia mempunyai jumlah penyakit diabetes yang ke-4 tertinggi di Asia. Pada 2007, terdapat 800,000 pesakit tetapi angka ini dijangka meningkat kepada 1.3 juta menjelang 2010.

Di Malaysia, 13,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis. Setiap tahun kira-kira 2,500 pesakit mengalami kegagalan renal tahap akhir.

6 kes baru strok berlaku setiap jam di Malaysia.

4 daripada 5 kes diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di Malaysia).

Kita juga merupakan pengguna gula ke-8 tertinggi di dunia!


ALASAN KENAPA GULA MEMBURUKKAN KESIHATAN
  • Gula boleh menekan sistem imun.
  • Gula punca kanak-kanak hiperaktif, sukar beri tumpuan dan nakal.
  • Gula menyumbang kepada menurunnya ketahanan terhadap jangkitan bakteria.
  • Gula menyumbangkan toksemia ketika hamil.
  • Gula punca penuaan kulit dengan mengubah struktur kolagen.
  • Gula membawa kepada kanser ovari.
  • Gula melemahkan daya penglihatan.
  • Gula menyebabkan asma.
  • Gula menyebabkan saluran penghadaman berasid.
  • Gula menyebabkan mengantuk dan mengurangkan aktiviti kanak-kanak.
  • Gula boleh menurunkan hormon pertumbuhan.
  • Gula menyebabkan rasa pening, diet gula yang diproses berkali-kali boleh mengurangkan kemampuan belajar.
  • Gula menambah risiko kanser gastrik.
  • Pengurangan gula mampu menambah kestabilan emosi.
  • Gula memberi makan kepada kanser.
  • Gula yang diambil oleh wanita hamil menambah kecacatan tiub neural dalam embrio.
  • Gula menyebabkan tumor hati.
  • Gula menyumbang kepada hilang daya ingatan yang sederhana.
  • Pengambilan gula yang tinggi menyebabkan sawan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi kesihatan, layari www.infosihat.gov.my

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: