Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, January 19, 2011

Penyakit Mental


Penyakit mental bermaksud gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan kelakuan.

Kategori penyakit mental

1. Neurosis
  • Mengalami perubahan dan gangguan tanpa menjejaskan kewarasan
  • Kemurungan, perasaan sedih melampau dan berpanjangan melebihi dua minggu.
2. Psikosis
  • Perubahan ketara sehingga menjejas kewarasan, mengalami halusinasi (sering berasa keliru dengan mendengar suara-suara ghaib) dan bercakap atau ketawa seorang diri. 
 3. Kecelaruan Personaliti
  • Kecelaruan yang membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan dan karakter.
Faktor Penyumbang
  • Genetik di mana terdapat ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit mental.
  • Gangguan bahan kimia dalam otak apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai Neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik.
  • Jangkitan virus.
  • Sejarah hidup yang getir, contohnya kehilangan ibu bapa semasa kecil.
  • Sosio-ekonomi yang rendah.
Sumber: www.epsikologi.mod.gov.my, Kosmo! 

No comments: