Pemandangan di dalam Batu Caves (imej dari members.virtualtourist.com)
Batu Caves mempunyai kaitan yang rapat dengan kuil paling lama di Kuala Lumpur dan paling mewah di Malaysia iaitu kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee. Kedua-dua kuil berada di bawah pengawasan dan pengurusan jawatankuasa yang sama.
Kedua-dua kuil itu ditemui di oleh seorang saudagar dermawan dari Singapura, K. Thamboosamy Pillai. Beliau tertarik dengan reka bentuk laluan gua Batu Caves yang berbentuk vel iaitu panah yang menjadi simbol kekuatan Dewa Muruga.
Berikutan sumbangan beliau, sebatang jalan dekat Chow Kit dan sebuah sekolah Tamil di Sentul dinamakan atas nama Thamboosamy. Tokoh itu meninggal dunia pada 1902 pada usia 52 tahun.
Usia 400 juta tahun kewujudan Batu Caves mengimbas sejarahnya sebagai tempat perlindungan Orang Asli Temuan. Pada awal tahun 1860, gua itu dipercayai diteroka oleh kaum Cina untuk tujuan pertanian.
Kawasan itu popular selepas penemuan batu marmar yang direkodkan oleh pihak penguatkuasa kolonial ketika itu Daly and Syers serta Naturalist Amerika William Hornaday pada tahun 1878.
Selepas diambil alih oleh Thamboosamy, laluan tangga ke kuil Dewa Muruga di dalam gua itu hanyalah menggunakan tangga kayu yang dibina pada tahun 1920. Ia diganti dengan binaan konkrit dan sering dibaik pulih demi keselesaan dan keselamatan pengunjung dari semasa ke semasa.
Sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment