Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 7, 2010

Beijing

Jumlah populasi Beijing yang memegang status penduduk tetap dan pemegang permit penduduk sementara secara keseluruhan sehingga Februari 2010 mencecah lebih 22 juta orang.

Beijing merupakan bandar raya kedua terbesar di China selepas Shanghai. Ia menempatkan lebih 140 buah kedutaan asing dan menjadi pusat pertukaran antarabangsa.

Kebanyakan penduduk Beijing terdiri daripada kaum Han manakala etnik minoriti lain ialah Manchu, Hui dan Mongol.

Kuil Syurga (Tiantan)

Kuil Bulan (Yuetan)

Tempat-tempat pelancongan menarik di Beijing termasuklah Kota Terlarang (Forbidden City), Tembok Besar China, Muzium Kebangsaan China, Kuil Syurga (Tiantan) dan Kuil Bulan (Yuetan).

Beijing mempunyai institusi pendidikan yang terkenal di dunia seperti Universiti Peking dan Universiti Tsinghua yang menerima pelajar antarabangsa dari Jepun, Korea, Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara dan lain-lain.

Beijing adalah hab pengangkutan terbesar di China. Ia juga adalah pusat budaya, pendidikan dan politik di China manakala Shanghai dan Hong Kong mendominasi ekonomi.

Bandar raya berkenaan mengacarakan Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Kewangan adalah salah satu industri penting di Beijing. Selain itu Beijing juga menyumbang sehingga 73.2 peratus keluaran negara kasar (GDP) bagi industri ketiga.

Penduduk urban Beijing berbahasa Mandarin manakala penduduk di kawasan pedalaman mempunyai dialek masing-masing seperti di Wilayah Hebei.

Sumber: Kosmo!

No comments: