AHMAD HUSNI (dua dari kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim (kanan) dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim (tiga dari kanan) memotong reben perasmian Stadium Mini 1Malaysia di Chemor, Perak baru-baru ini.
KEMUDAHAN. Impian penduduk Chemor, Perak untuk mempunyai sebuah stadium mini bagi kegunaan beriadah dan bersukan akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.
Stadium yang dinamakan Stadium Mini 1Malaysia itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata, pembinaan stadium mini itu dengan kos hampir RM892,000 merupakan sebahagian agenda merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.
"Sebuah perpustakaan bernilai kira-kira RM450,000 bagi kemudahan penduduk setempat terutama golongan pelajar juga akan dibina di atas tanah seluas kira-kira 0.3 hektar dalam masa terdekat," katanya.
Sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment