Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, January 13, 2010

Mukim Lekir



Bersempadan dengan mukim Sitiawan di utara, Hilir Perak di selatan, Selat Melaka di barat dan Perak Tengah di timur.  Ia terletak di laluan destinasi pelancongan ke Lumut dan Pangkor dan mempunyai keluasan 137.3 kilometer persegi.

Pejabat Penghulu Lekir pada mulanya terletak di Batu 8 dan berpindah ke Batu 10 pada tahun 1991.  Perpindahan ini disebabkan Pejabat Penghulu terlibat dengan pembinaan laluan Lebuhraya Kampung Koh - Kayan.

Terdapat tiga orang kakitangan di Pejabat Penghulu iaitu Penghulu Mukim, Penolong Penghulu dan seorang kerani.  Dalam melaksanakan kemajuan dan pembangunan mukim, penghulu-penghulu ini dibantu oleh enam orang Ketua Kampung dan JKKK.  Kampung-kampung tersebut ialah Kampong Pasir Pandak, Kampong Batu 8, Kampong Batu 10, Kampong Sungai Tiram, Kampong Batu 14 dan Kampong Kayan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: