Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, January 29, 2010

Dataran Bandaraya Ipoh

 

Dataran Bandaraya Ipoh terletak di hadapan kompleks pejabat Majlis Bandaraya Ipoh di dalam kawasan Greentown.

 

Dataran Bandaraya merupakan tumpuan utama di kawasan Bandar Baru Ipoh.  Asalnya sebuah kawasan luas yang lapang kemudian dibangunkan dan menjadi suatu zon yang baru dikenali sebagai Greentown.  Bangunan-bangunan di sekitar medan bandar raya itu kebanyakannya baru dibina, dengan pusat membeli-belah mewah, gedung-gedung perniagaan, restoran-restoran dan hotel-hotel. 

 

Menara jam besar yang terdapat di sini menonjolkan mercu tanda kawasan ini, bersama dengan Hotel Syuen, pusat membeli-belah Ipoh Parade dan juga kompleks pejabat MBI.  Pada waktu malam, Dataran Bandaraya diserikan dengan gerai-gerai makanan yang dibuka di sepanjang jalan dengan hidangan-hidangan tempatan yang enak dan menyelerakan.

Sumber: www.malaysiahotelreview.com

No comments: