Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, December 10, 2009

Kayu arang Kuala Sepetang


Dapur memproses kayu arang di Kuala Sepetang (imej dari sekuntumawarmerah.blogspot.com)

Perusahaan pembuatan kayu arang di Kuala Sepetang sudah sebati dengan penduduk sejak tahun 1930-an.

Tradisi itu tidak menghairankan kerana di pesisir perkampungan nelayan itu dikelilingi kira-kira 40,711 hektar hutan paya bakau.

Setelah hampir lapan dekad, kayu arang Kuala Sepetang dianggap antara yang terbaik di Asia.  Malah ia masih mendapat permintaan yang tinggi hingga ke pasaran antarabangsa.

Pada masa ini, dianggarkan terdapat 80 pengusaha kayu arang dengan 360 dapur masih beroperasi di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian

No comments: