Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Viagra jejas zuriat, kesuburan lelaki


Kajian dapati pil penguat dicampur dadah mampu beri masalah

LONDON: Penggunaan Viagra boleh menjejaskan kesuburan lelaki berikutan uji kaji menunjukkan ubat untuk merawat mati pucuk itu mampu merosakkan sperma, malah boleh menghalang lelaki menghasilkan zuriat. Saintis berkata, golongan lelaki muda yang menggunakan ubat itu secara rekreasi boleh menjejaskan kemampuan mereka memulakan keluarga.

Mereka turut memberi amaran klinik kesuburan yang membekalkan Viagra untuk membantu lelaki menghasilkan sperma untuk rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) sebenarnya mungkin menghalang pasangan suami isteri melahirkan anak.

"Saya rasa ia membimbangkan kerana sebahagian klinik IVF menggunakan Viagra dalam usaha meningkatkan hasil kesuburan. Pasangan yang mengunjungi klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan memang bermasalah untuk hamil.

"Memberikan pasangan lelaki sesuatu yang boleh menjadikan masalah itu semakin teruk bukan satu pendekatan yang tepat," kata Pakar Perunding Sakit Puan di Universiti Belfast, Dr David Glenn.

Penyelidikan Glenn, yang disiarkan dalam jurnal Fertility and Sterility, adalah berdasarkan dua set uji kaji. Uji kaji pertama membabitkan pengambilan sperma dari sukarelawan dan merendam ia di dalam rumusan lemah Viagra.

Matlamatnya ialah untuk menghasilkan paras Viagra bersamaan yang ditemui dalam darah lelaki yang mengambil satu tablet 100 miligram. Penyelidikan kemudian membandingkan kelakuan sperma yang dirawat dengan contoh standard dan mendapati ubat itu mempunyai dua kesan utama.

Ia menjadikan sperma lebih aktif tetapi turut menjejaskan acrosome, struktur seperti topi mengandungi enzim yang memecahkan membran di sekeliling telur wanita dan membenarkan sperma bersenyawa .

"Masalahnya, acrosome pecah terlalu awal dalam sperma yang didedahkan kepada Viagra. Sperma tidak boleh masuk ke dalam telur dan ia tidak dapat disenyawakan.

"Ada dua kebimbangan utama berikutan kajian ini. Pertama, Viagra digunakan secara meluas sebagai ubat rekreasi. Ia digabungkan dengan kokain, sebagai contoh, dan dijual di kelab.

"Kajian kami menunjukkan kemungkinan ada kesan berganda dari pengambilan Viagra, bagaimanapun, ia mungkin memberikan masalah kesuburan serius pada kemudian hari," katanya.

Kajian Glenn juga menunjukkan penggunaan Viagra oleh klinik kesuburan dapat memberikan masalah kepada banyak pasangan.

"Pasangan yang pergi ke klinik kesuburan memang sudah menghadapi masalah kesuburan. Viagra mungkin menjadikan ia lebih buruk," katanya.

- Agensi

No comments: