Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Fakta mengenai rambut

Ø Memotong rambut secara teratur akan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Tetapi faktanya rambut tumbuh setengah inci setiap bulan sama ada dipotong atau tidak. Rambut memang tumbuh lebih cepat pada musim panas.

Ø Stres menyebabkan keguguran rambut. Tetapi faktanya rambut gugur sepanjang masa antara 50 sehingga 120 helai sehari. Mungkin rambut gugur lebih banyak semasa mengalami tekanan berat seperti perceraian dan kehilangan pekerjaan.

Ø Apabila mencabut uban, tempat yang sama itu akan tumbuh tiga atau empat rambut lain. Fakta sebenarnya, mencabut uban adalah perbuatan buruk. Akar rambut akan rosak dan menyebabkan luka pada bekas cabutan.

Ø Anda tidak dapat menjadikan rambut lurus secara keseluruhan. Fakta sebenarnya, penggunaan lima minit dengan menggunakan pelurus rambut sudah cukup menjadikan rambut lurus berkilau.

Ø Bagi mendapatkan rambut yang bersih, anda harus melakukan langkah ramas, bilas dan ulang sekali lagi. Fakta yang sebenarnya cukup diramas dan bilas, tanpa perlu diulang kembali.

Ø Mencuci rambut dengan air sejuk setelah bersyampu dapat menjadikan rambut lebih bersinar. Fakta yang sebenarnya, air sejuk menjadikan anda segar tetapi tidak berkesan pada kilauan rambut.

Ø Mewarnakan rambut akan menyebabkan kerosakan. Fakta yang sebenarnya produk pewarnaan cukup lembut dan tidak akan merosakkan rambut. Tetapi sekiranya pertama kali mahu melakukannya, anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar.

Ø Rambut bercabang dapat diatasi dengan produk yang tepat. Fakta yang sebenarnya, sekali bercabang, akan tetap seperti itu kecuali anda memotong rambut anda.

Dipetik dari Dewan Kosmik keluaran Februari 2008

No comments: