SERANGAN migrain boleh menganggu rutin harian.
BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian mendapati, dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala atau migrain.
Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain. Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center di Philadelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologi menyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.
Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2008, penyelidik secara rambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah migrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.
Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi serangan migrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.
Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dan kumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.
Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlah rawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas oleh rawatan peruntukan itu.
"Keputusan ujian ini tidak menyokong data sedia ada yang mencadangkan oxcarbazepine amat berkesan dalam mencegah migrain," kata Silberstein dalam satu kenyataan.
"Ketika beberapa dadah epilepsi telah digunakan selama beberapa dekad untuk mencegah migrain, oxcarbazepine tidak mencegah migrain dalam kajian ini meskipun ia menunjukkan ubat ini selamat."
Silberstein turut menyatakan bahawa tiga ubat epilepsi yang paling berkesan mencegah migrain ialah topiramate, divalproex dan gabapentin yang mempunyai beberapa mekanisme yang boleh merawat migrain.
Ia termasuk kemampuan untuk mengawal unsur kimia otak yang dikenali sebagai GABA. Perbezaannya, oxcarbazepine tidak mempunyai aktiviti nyata dalam GABA. - Reuters

No comments:
Post a Comment