Tujuan utama perbincangan dan persembahan lisan:
- untuk memaklumkan
- untuk mengarahkan
- untuk membincangkan sesuatu isu
- untuk merangka suatu pelan tindakan
- untuk membuat rayuan atau permohonan
- untuk menerangkan
- untuk tujuan pengajaran
- untuk mendapatkan titik persamaan
- untuk mencari kesefahaman
- untuk mengkaji semula
- untuk mengemukakan soalan-soalan retorik
- untuk menaikkan semangat berpasukan
Selalu definasikan tujuan ceramah dan masalah dengan jelas - kenapakah ceramah ini disampaikan?
Tip-tip untuk ceramah umum
- membuat persediaan terlebih dahulu
- mengetahui subjek yang hendak disampaikan
- menyediakan alat pandang dengar dengan lebih awal dan membuat semakan dan pemeriksaan sebelum digunakan
- sertakan isu ehwal semasa dalam penyampaian
- buat latihan penyampaian dengan sendiri dan di hadapan rakan atau saudara-mara
- sediakan sebuah fail dan bahan-bahan yang mencukupi untuk tujuan pembentangan atau penyampaian
- edarkan bahan-bahan menarik yang berkaitan dengan ceramah kepada para pendengar atau panel
- pastikan anda menyampaikan ceramah sehingga habis dan jangan terpengaruh atau beri peluang kepada pendengar untuk bertanya soalan ketika anda sedang menyampaikan ceramah. Para pendengar akan diberi peluang untuk bertanya soalan setelah anda selesai menyampaikan ceramah.
- gunakan catatan nota sekiranya perlu
- tahu bila hendak menamatkan ucapan atau ceramah
- bertanya soalan-soalan retorik sekali-sekala
- wujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan pendengar
Alat-alat bantuan yang digunakan ketika menyampaikan pembentangan atau ceramah
Slaid 35mm - resolusi tinggi, namun agak kurang popular sekarang. Penggunaan slaid ini memerlukan bilik gelap, skrin khas untuk dipancarkan imej dan projektor. Alat ini sesuai digunakan untuk kawasan ceramah yang besar mahupun kecil.
Overhead projector - senang untuk digunakan, senang untuk dipancarkan, boleh digunakan dalam mana-mana bilik atau dewan. Setiap organisasi lazimnya memiliki sebuah OHP. Anda boleh mencetak skrin lutsinar menggunakan printer laser ataupun dengan menggunakan mesin fotostat. Anda juga boleh gunakan pointer untuk menunjuk arah setiapkali imej dipaparkan ke atas skrin lebar.
Multimedia projector - agak popular sekarang. Penceramah hanya perlu menyambungkan laptop kepada projektor dan memaparkan imej di skrin lebar menggunakan aplikasi komputer seperti powerpoint atau media player. Lebih mudah dan boleh digunakan sama ada di dewan dan bilik.
No comments:
Post a Comment