"Kamu akan mengikuti perjalanan orang silam sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk lubang biawak pun akan kamu ikuti." Kami bertanya, "Adakah mereka itu orang Yahudi dan Nasrani?" Jawab Rasulullah SAW, "Siapa lagi?"
(Riwayat Muslim)
Kesimpulan dan pengajaran
- Rasulullah SAW telah menelah bahawa pada satu masa nanti orang Islam akan mengikuti jalan yang lain dari yang ditetapkan oleh Islam.
- Orang Islam hendaklah beringat supaya jangan sampai tersesat dan mengikuti jalan yang lain dari Islam.
Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab
No comments:
Post a Comment