Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, November 11, 2009
Kenapa sesebuah syarikat perlukan pengurusan yang baik?
Sesebuah syarikat memerlukan pengurusan yang baik untuk memperkembangkan perniagaannya supaya menjadi lebih besar. Pengurusan sesebuah organisasi hendaklah ditadbir oleh seseorang yang mempunyai sifat-sifat peribadi yang berkualiti terutamanya dari segi motivasi. Pada asasnya, pengurusan akan menjadi suatu proses dimana kemahiran-kemahiran dan pendekatan sistematik akan digabungkan. Jika pengurusan adalah satu proses universal, seorang pengurus dengan mudah boleh memindahkan kemahiran-kemahiran dan pengetahuannya daripada satu industri kepada industri yang lain.
Apakah jenis kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus untuk melakukan kerja dengan berkesan?
Di bawah disenaraikan kemahiran-kemahiran yang diperlukan seorang pengurus untuk menjalankan kerjanya dengan berkesan.
i) Kemahiran teknikal - merujuk kepada kebolehan pengurus tersebut untuk menggunakan kepakarannya, peralatan dan prosedur-prosedur dalam bidang pengkhususannya.
ii) Kemahiran manusia - keupayaan untuk berkomunikasi, faham dan mendorong bukan sahaja untuk individu tetapi juga kepada kumpulan.
iii) Kemahiran konsepsi - keupayaan untuk memikir perkara-perkara abstrak dan keupayaan mental untuk memahami 'gambaran besar' atau usaha-usaha keseluruhan organisasi dan persekitarannya
iv) Kemahiran-kemahiran diagnostik dan analitis - keupayaan untuk mengenali gejala-gejala bagi sesuatu masalah dan mewujudkan satu pelan tindakan untuk mengatasinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment