Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 24, 2009

Alasan tidak perlu minta maaf


SEKIRANYA kesilapan itu bukan berpunca daripada diri kamu sendiri, tiada gunanya kamu melutut memohon kemaafan daripadanya. - Gambar hiasan

KATA orang, 'buang yang keruh dan ambil yang jernih'. Biarpun sudah berkali-kali melafazkan kata maaf, namun si dia masih lagi tidak mengerti dengan apa yang diucapkan itu.

Sekiranya diri sendiri yang mencetuskan kesalahan, sudah tentu kamu yang akan meminta maaf terlebih dahulu. Sebaliknya, sekiranya kesilapan itu bukan berpunca daripada diri kamu sendiri, tiada gunanya kamu melutut memohon kemaafan daripadanya.

Bukan kerana ego atau pentingkan diri sendiri, tetapi kamu mempunyai hak untuk menegakkan keadilan biarpun sudah berkali-kali kamu melafazkan ucapan itu terhadapnya.

Intim minggu ini berkongsi alasan kenapa kamu tidak perlu memohon maaf.

Percaya diri sendiri

Apa yang kamu rasa dan fikirkan ketika itu, adalah tanggungjawab kamu sepenuhnya. Jangan sesekali berasa diri bersalah sekiranya si dia langsung tidak mempedulikan kamu dan menganggap kamu yang bersalah di atas perkara yang dilakukan.

Menjadi perhatian

Jangan risau sekiranya kamu menjadi kegilaan atau perhatian rakan sepejabat. Mungkin ada kelebihan diri kamu menjadi perhatian berbanding orang lain. Kamu tidak perlu mengucapkan kata maaf sekiranya rakan kamu itu mencemburui kelebihan yang ada pada diri kamu.

Buat yang terbaik

Tiada paksaan untuk seseorang menjalinkan hubungan cinta memandangkan ia hadir tanpa diundang. Jangan menyeksa diri untuk meneruskan hubungan dengan si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah.

Biar ringkas tapi bergaya

Jangan merendah diri sekiranya rakan-rakan kamu mengutuk cara personaliti dan penampilan kamu. Ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan sekiranya kamu cuba mengubah bentuk penampilan yang diimpikan mereka.

Jujur berbicara

Kejujuran merupakan tonggak utama sesebuah perhubungan. Jangan takut untuk berterus-terang sekiranya si dia merasa ragu-ragu terhadap kamu. Tanpa mengucapkan kata maaf, ia sudah menghuraikan maksud kejujuran yang ada pada diri kamu.

Orang menuduh kamu

Kata orang, 'berani kerana benar', jika benar bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca daripada orang lain.

Walaupun kamu seorang yang cepat gelisah apabila digertak, jangan cepat meminta maaf. Takut nanti kamu yang disalah sangka sehingga dipulaukan teman rapat.

Daripada arkib Kosmo!

No comments: