Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 15, 2009

Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar Shah


Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar Shah adalah Sultan Perak ke-27 iaitu anakanda kepada Sultan Abdullah Muhammad Shah.

Baginda tidak diangkat menjadi Raja Bendahara semasa pemerintahan Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23) dan Sultan Ali (Sultan Perak ke-24) walaupun berhak kerana ramai raja dan pembesar tidak menyukai baginda.

Pada tahun 1877, baginda diangkat menjadi Pemangku Raja semasa Sultan Abdullah pergi ke Singapura. Baginda kemudiannya bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar.

Pada April 1877, Sir Hugh Low iaitu Residen Perak yang ketiga telah memindahkan kediamannya dari Bandar Baharu ke Kuala Kangsar supaya berdekatan dengan istana baginda.

**Imej dari www.royalark.net

Sumber: Sinar Harian

No comments: