Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, October 13, 2009
Sukan Ayor
Setiap tahun apabila menjelangnya Hari Keputeraan Sultan Perak, rakyat di negeri ini khususnya di dalam daerah Kuala Kangsar tidak sabar menantikan acara sukan yang dikenali sebagai sukan air atau lebih mesra disebut 'sukan ayor' bagi penduduk tempatan.
Sukan ini lebih menjurus kepada permainan air seperti berkayak, pukul bantai, jet ski, bola tampar air, limbo rock, pertandingan bahtera berhias, perlumbaan perahu panjang dan sebagainya.
Tarikan pada sukan ini sebenarnya adalah semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh penonton yang menyaksikan sukan berkenaan.
Sukan yang hanya dimainkan pada bulan April ini, tidak sama dengan semangat yang ada pada waktu-waktu yang lain. Ini kerana acara ini bersempena dengan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Perak.
Para penonton juga ada kalanya terlibat secara tidak lansung dengan permainan yang diadakan di atas air ini.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment