Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 13, 2009

Orang mukmin seperti tanaman muda

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Contoh seorang mukmin adalah seperti sebatang pokok yang muda lagi lembut, condong apabila ditiup angin. Apabila ia ditegakkan ia kembali condong semula. Dan contoh orang jahat adalah seperti pohon jati yang tegak lagi keras, hanya Allah sahaja yang akan membinasakannya apabila Ia kehendaki".

(Riwayat Bukhari)

Kesimpulan dan pengajaran
  1. Untuk menjadi seorang mukmin seseorang itu mestilah dididik dengan beberapa ujian.
  2. Bala bencana sentiasa menyusahkan orang mukmin. Kesusahan itulah neraca yang menyukat keimanan orang mukmin.
  3. Sabar ialah rela menerima qada' dan qadar Allah, bukan menerimanya tanpa bekerja dan berusaha, tetapi menghadapinya dengan azam yang kuat dan cita-cita tenaga kerja yang penuh serta yakin bahawa kegagalan dan kejayaan bukanlah hak mutlak manusia.
  4. Orang jahat diberi tali oleh Allah bagi melakukan kejahatan, tetapi apabila sampai masanya Allah akan menyeksa mereka dan mereka adalah orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat.
  5. Orang mukmin janganlah bimbang dan susah hati dengan kesenangan dan kemewahan orang lain, istimewanya kesenangan yang diperolehi oleh orang kafir. Ia mestilah berusaha dan bekerja keras dengan tekun dan sabar.
  6. Kesusahan dan bencana itu adalah di antara cara bagi menghapuskan kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj Abdullah Hj Abd Wahab

No comments: