Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, October 12, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad (SMKDA), Lenggong, Perak bermula dengan sekolah rendah (FEC) sejak tahun 1952 atas desakan tempatan. Di peringkat awal, sekolah ini sebahagian daripada sekolah rendah kebangsaan Inggeris. Setelah berkembang maju, usaha mengasingkan pentadbiran antara sekolah rendah dan menengah dilakukan pada tahun 1955 bertujuan memberikan lebih keberkesanan.

SMKDA pada asalnya atas nama Government English School (GES) memulakan sesi persekolahan dengan murid seramai 25 orang sahaja. Pada tahun 1969 GES ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Dato' Ahmad bin Said selaku Menteri Besar Perak pada waktu itu.

Pada tahun 1957, buat julung kalinya 27 orang pelajar SMDA ini menduduki peperiksaan LCE dengan keputusan 9 pelajar lulus, 7 mendapat pangkat C dan 11 orang lagi gagal. Kelas peralihan pertama dibuka pada tahun 1960, bagi menampung pelajar yang semakin ramai. Jabatan Pelajaran Perak membina empat buah bilik darjah tambahan di Kg. Sira dengan disediakan kemudahan bekalan elektrik dan air. Pada tahun ini juga, peperiksaan LCE dan SRP dijalankan secara berasingan.

Sumber: smkda.com, Sinar Harian

No comments: