Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 27, 2009

Program Tunas Gemilang

Program Tunas Gemilang ialah kerjasama antara Institut Sukan Negara Malaysia dengan Kelab Sukan Komuniti, Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia.

Program Tunas Gemilang wujud hasil daripada cetusan idea bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman bagi memastikan setiap Kelab Sukan Komuniti memainkan peranan di dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Program ini merupakan salah satu usaha dalam mengenal pasti bakat di kalangan kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun melalui Kelab Sukan Komuniti, Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia.

Dasar Sukan Negara (1996 - pindaan 1998) telah meletakkan sukan setaraf dan sama penting dengan pembangunan sosial yang lain seperti bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan dan juga kesihatan.

Dasar sukan turut juga mengklasifikasikan dengan jelas entiti sukan terbahagi kepada dua pembahagian; sukan prestasi tinggi (high performance sports) yang menjurus kepada aspek pertandingan dan kecemerlangan sukan massa (mass sports) yang memberi penekanan kepada aspek kecergasan bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya sukan serta mengamalkan cara hidup yang cergas, sihat dan bersatu.

Sumber: Sinar Harian

No comments: