Pada tahun 1875, bangunan Che Ngah Ibrahim (kini Kompleks Matang) digunakan sebagai mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Endut, Ngah Jabor, Panjang But, Kulub Ali dan Che Mah yang dituduh membunuh Residen British di Perak, JWW Birch.
Bagi membicarakan kes ini, Inggeris melantik hakim terdiri daripada Raja Muda Yusuf, Raja Alang Husin dan beberapa hakim Inggeris.
Perbicaraan berlansung pada 14 hingga 22 Disember 1876 yang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Endut yang dilaksanakan pada 20 Jun 1877.
Manakala Ngah Jabor, Panjang But, Kulub Ali, Si Tuah dan Che Mah dihukum penjara seumur hidup.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment