Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 20, 2009

Pentingnya menyertai aktiviti kokurikulum

Persatuan pengakap merupakan satu kegiatan kokurikulum yang popular di Malaysia

Kokurikulum merupakan satu kegiatan yang penting untuk kecemerlangan rohani, jasmani, emosi dan intelek bagi seseorang yang bergelar pelajar. Buktinya kerajaan telah menetapkan 10 peratus markah penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai salah satu syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Markah, penglibatan pelajar dikira berdasarkan pencapaian dalam sukan, kelab dan persatuan serta badan beruniform.

Kepentingan kokurikulum
  • Memupuk semangat bekerjasama, kepimpinan dan daya saing dalam kalangan pelajar di samping pengisian masa yang berfaedah kepada para pelajar.
  • Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan guru.
  • Menaikkan imej dan kualiti sesebuah sekolah.
  • Melahirkan pelajar yang inovatif, kreatif dan berdisiplin.
Sumber: Sinar Harian

No comments: