Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 9, 2009

Pantai Pasir Bogak

Chalet yang terdapat di Pantai Pasir Bogak (imej dari destinasipelancongandimalaysia.blogspot.com)

Panjang Pantai Pasir Bogak ini adalah lebih kurang tiga kilometer dan merupakan pantai perkelahan yang amat menarik dan sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negeri.

Di pantai ini terletaknya penginapan untuk pengunjung seperti Hotel Beach Hut, Hotel Sea View, Mini Camp, Standard Camp Pangkor, Paradise Camp, Long House, Sri Bayu Resort dan Rumah Rehat Kerajaan.

Di pantai ini juga terdapat kemudahan Dewan Seminar dan Serbaguna serta tandas awam yang disediakan pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk pengunjung.

Gerai-gerai makanan dan minuman turut terdapat di pantai perkelahan ini bagi kemudahan pengunjung yang bercuti di sini.

Untuk ke pantai ini pengunjung boleh sampai dengan menaiki bas atau teksi dari pekan Pangkor dan jarak perjalanan kira-kira lima kilometer.

Ia terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi manda, sukan air, berbasikal, memancing dan bersiar-siar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: