Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 7, 2009

Orang yang bijak

Daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang bijak ialah orang yang boleh menguasai dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah".

(Riwayat Tarmizi, Ahmad, Hakim dan Ibn Majah)

Kesimpulan dan pengajaran
  1. Orang yang berakal ialah orang yang beriman dan dapat melakukan sesuatu sesuai dengan kepentingan dirinya dan sesuai pula dengan ajaran Allah.
  2. Orang yang tunduk kepada hawa nafsunya ialah orang yang lemah.
  3. Orang mukmin sama sekali tidak suka berangan-angan melebihi apa yang sepatutnya, kerana ia tahu bahawa Allah itu adil dan tidak memungkiri janji. Orang yang lemah sering berangan-angan kepada Allah tanpa alasan yang munasabah, ia berdoa tanpa beramal dan bertawakal tanpa berusaha.
Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab

No comments: